
- Proses Pelaksanaan
- Untuk Siapa
- …
- Proses Pelaksanaan
- Untuk Siapa
- Proses Pelaksanaan
- Untuk Siapa
- …
- Proses Pelaksanaan
- Untuk Siapa
- Proses Pelaksanaan
- Untuk Siapa
- …
- Proses Pelaksanaan
- Untuk Siapa
- Proses Pelaksanaan
- Untuk Siapa
- …
- Proses Pelaksanaan
- Untuk Siapa
Urusan Lebih Mudah, Tiada Lagi Pen dan Kertas.
Hanya akaun emel atau pun nombor WhatsApp anda sahaja yang diperlukan untuk menerima tugasan, dan anda boleh terus mulakan badal.
Semua maklumat arwah sudah tersedia dalam skrin telefon anda. Nama waris, nama lengkap arwah telah terisi secara automatik. Cuma perlu klik "Buka", dan anda boleh terus mulakan rukun dengan yakin.
Satu Klik Untuk Setiap Rukun Yang Di Selesaikan.
Setiap kali selesai satu rukun (Miqat, Tawaf, Saie, Tahallul), anda hanya perlu tekan satu butang pengesahan. Sistem akan rakam waktu dan lokasi secara automatik. Anda jimat masa, jimat tenaga, tanpa stres.Tiada Talian Internet? Tiada Masalah.
Kawasan seperti di ruang bawah tanah atau waktu puncak di Masjidil Haram selalunya ada masalah talian internet. Dengan i-Wasil, sistem tetap berfungsi walaupun telefon pintar tiada "line". Teruskan sahaja tanda setiap rukun dan ambil foto seperti biasa. Sebaik sahaja anda keluar ke kawasan yang ada internet, sistem akan selaraskan (sync) semua data tadi secara automatik ke server.Perlindungan Amanah & Kredibiliti Anda
Mutawwif adalah pemegang amanah, kadang-kadang timbul rasa risau jika waris ragu-ragu dengan pelaksanaan kita. i-Wasil melindungi kredibiliti anda sebagai Mutawwif yang jujur. Dengan adanya data GPS dan timestamp yang sahih, menunjukkan bukti kukuh bahawa anda benar-benar melaksanakan amanah tersebut mengikut tertib, sekaligus menaikkan profesionalisme anda sebagai pelaksana al-Amin.Laporan Siap Serta-Merta Selepas Tahallul
Tugas anda selesai sebaik sahaja anda tekan butang "Hantar".Sistem i-Wasil terus menjana laporan PDF untuk waris bagi pihak anda. Ini bermakna, selepas selesai tugas di masjid, waktu rehat anda adalah sepenuhnya milik anda tanpa beban kerja perkeranian yang tambahan.

