
- Proses Pelaksanaan
- Untuk Siapa
- …
- Proses Pelaksanaan
- Untuk Siapa
- Proses Pelaksanaan
- Untuk Siapa
- …
- Proses Pelaksanaan
- Untuk Siapa
- Proses Pelaksanaan
- Untuk Siapa
- …
- Proses Pelaksanaan
- Untuk Siapa
- Proses Pelaksanaan
- Untuk Siapa
- …
- Proses Pelaksanaan
- Untuk Siapa
Melangkah dari pelbagai titik,
Berhenti di tempat yang Dia mahu.
Sebuah cerita bagaimana idea i - Wasil tercetus.
Semangat = Passion
Selama lebih dua tahun, kami menguruskan servis pengangkutan jemaah Umrah menerusi Hijazlane Airport Limo.
Kami bergerak membawa jemaah dari lapangan terbang ke hotel, dari Makkah ke Madinah, dan menemani jemaah berziarah.
Daripada pengalaman itulah, kami mula memahami bahawa setiap jemaah membawa cerita yang berbeza.
Ada yang datang bersama keluarga.Ada yang datang selepas bertahun-tahun menyimpan impian.
Dan ada juga yang hadir membawa amanah untuk melaksanakan Badal Umrah bagi insan tersayang yang sudah tiada atau tidak mampu datang sendiri.
Dalam perjalanan bekerja, kami sering melihat satu perkara yang sangat menyentuh hati iaitu betapa besarnya kasih sayang waris terhadap insan yang mereka wakilkan.
Kadang-kadang mereka hanya mahu tahu keadaan semasa. Kadang-kadang mereka sekadar ingin rasa lebih dekat dengan perjalanan ibadah yang sedang dilaksanakan ribuan kilometer jauh dari tanah air.
Daripada situ, kami mula terfikir.
Di zaman yang serba digital hari ini, mungkin ada cara yang lebih mudah dan lebih praktikal untuk membantu waris mengikuti perjalanan Badal Umrah dengan lebih tenang tanpa mengubah nilai tradisi, keikhlasan dan amanah yang sudah lama dijaga oleh para mutawif dan pengendali Umrah kita.
Disinilah momen lahirnya idea i-Wasil.
Tapi perjalanan membangunkan i-Wasil bukanlah semudah yang disangka.
Ada malam-malam panjang yang dipenuhi perbincangan dan lakaran idea. Ada fungsi yang dibina berkali-kali sebelum akhirnya dibuang semula. Ada juga waktu kami sendiri keliru mencari bentuk terbaik untuk memastikan sistem ini benar-benar mudah digunakan, terutama untuk para mutawif di lapangan. Ia memang meletihkan.Kadang-kadang apa yang nampak baik di atas kertas, rupanya sukar digunakan di dunia sebenar.
Kadang-kadang kami terlalu fokus kepada teknologi, sehingga terlupa bahawa di hujung sana ada manusia yang mahukan sesuatu yang ringkas dan menenangkan.Banyak kali kami melakukan kesilapan.
Banyak kali juga kami terpaksa bermula semula dari awal. Ya, kami hampir putus asa. Kami rasa i- Wasil bukanlah sesuatu untuk kami bina.Tetapi dalam setiap kesukaran itu, kami percaya Allah SWT sentiasa membuka jalan sedikit demi sedikit.
Dipertemukan dengan orang-orang yang membantu, diberikan ilham pada waktu yang tidak disangka, dan dipermudahkan urusan ketika hampir terasa buntu.Akhirnya kami sedar, i-Wasil bukan sekadar tentang aplikasi atau sistem digital.
Ia betul-betul tentang amanah.
Tentang usaha kecil untuk membantu orang lain merasa lebih tenang.
Dan tentang menggunakan teknologi dengan cara yang lebih 'humanised'.i-Wasil masih jauh dari sempurna.
Kami masih belajar, masih memperbaiki, dan masih mendengar pandangan daripada waris, mutawif serta pengendali Umrah dari semasa ke semasa.Namun jika i-Wasil mampu membantu walaupun sedikit ; mengurangkan kerisauan waris, memudahkan tugas mutawif, dan menjadikan perjalanan ibadah lebih baik sudah cukup besar maknanya buat kami.
Terima kasih kepada semua yang mendorong, menyokong i-Wasil
i- Wasil
Jejak Ibadah Di Hujung Jari
Razman Salleh
Founder i -Wasil


